PROMO: Diskaun RM200 dalam kombo eksklusif Nothing Phone (1) dan Ear (Stick)

Digital
1 Nov 2022 • 1:02 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tanggal 11.11 turut dikenali sebagai hari bujang atau ‘Singles Day’. Ia juga diraikan sebagai tarikh jualan besar-besaran untuk kebanyakan platform beli-belah atas talian.

Nothing Malaysia turut menyertai kemeriahan jualan ini apabila mengumumkan bahawa, mereka akan menjual kombo produk mereka di dalam kotak hadiah eksklusif. Ia juga dibuat untuk meraikan kedatangan produk terbaru mereka ke Malaysia, Nothing Ear (Stick).

image is not available

Produk kombo eksklusif Nothing ini akan dijual di antara 4-13 November 2022, menerusi Stor Rasmi Nothing di Lazada dan juga Shopee. Malah, pengguna akan menikmati diskaun sebanyak RM200, lilin wangi dan kotak hadiah eksklusif.

Harga untuk kombo eksklusif ini adalah seperti berikut:

  • Nothing Phone (1) 8+256GB + Nothing Ear (Stick) – RM2,868 RM2,668
  • Nothing Phone (1) 12+256GB + Nothing Ear (Stick) – RM3,168 RM2,968

image is not available

Jika anda memang merancang untuk membeli telefon dan fon putik Nothing, tawaran ini tidak harus anda lepaskan.

Nothing Phone (1) adalah peranti yang dikuasakan cip Snapdragon 778G+ 5G bersama skrin AMOLED 6.55-inci 120Hz. Tarikan utama telefon ini adalah jalur LED Glyph unik di belakangnya.

Nothing Ear (Stick) pula adalah fon putik kedua keluaran mereka. Ia dihebahkan sebagai fon putik dengan fesyen bergaya, tanpa fungsi canggih seperti penyaring hingar aktif (ANC) dan pengecas wayarles untuk bekas penyimpan. Ia diumumkan berharga RM469 di Malaysia.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Nothing Phone (1) di sini, dan Nothing Ear (Stick) di sini.

Bacaan Berkaitan