11.11: Tawaran bernilai RM1,000 untuk telefon gaming Black Shark

Digital
10 Nov 2022 • 6:39 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jika anda mencari telefon pintar gaming semasa Jualan Mega 11.11, anda boleh pertimbangkan untuk membeli Black Shark. Mereka ada menyediakan promosi bernilai sehingga RM1,000 untuk model sedia ada.

Black Shark akan menjalankan promosi Jualan Mega 11.11 ini selama 3 hari, dari 11 hingga 13 November 2022. Ia boleh didapati di Stor Black Shark di Lazada dan Shopee.

image is not available

Diskaun yang diberikan untuk harga telefon sekitar RM100 ke RM300 sahaja. Tetapi ia tambah menarik apabila Black Shark turut memberikan kotak hadiah percuma yang berisi antaranya pelindung skrin ‘tempered glass’, fon telinga JoyBuds Pro, Monsters Trigger, patung mainan Shark Chan, pemegang Shark Chan, pembuka botol, dan beg kanvas. Ia diberikan kepada semua model dalam tawaran kali ini.

Model yang ditawarkan adalah:

  • Black Shark 5 Pro (12+256GB) – RM3,699 RM3,499
  • Black Shark 5 Pro (16+256GB) – RM3,999 RM3,699

image is not available

  • Black Shark 5 (8+128GB) – RM2,299 RM2,199
  • Black Shark 5 (12+256GB) – RM2,699 RM2,599

image is not available

  • Black Shark 4 Pro (12+256GB) – RM2,099 RM1,999 (tebus baucar dahulu)

image is not available

Bacaan Berkaitan