11 anggota SMART berlepas ke Nepal bantu misi SAR

5 Sep 2026 • 9:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 11 anggota SMART berlepas ke Nepal bantu misi SAR
Ketua Pengarah NADMA Datuk Meor Ismail Meor Akim bersama seramai 11 anggota dan pegawai pada majlis pelepasan Pasukan SMAR ke Nepal di Pangkalan Udara Subang pada Sabtu.
Image from: 11 anggota SMART berlepas ke Nepal bantu misi SAR
Ketua Pengarah NADMA Datuk Meor Ismail Meor Akim bersama seramai 11 anggota dan pegawai pada majlis pelepasan Pasukan SMAR ke Nepal di Pangkalan Udara Subang pada Sabtu. FOTO: Mohd Halim ABdul Wahid

SUBANG – Seramai 11 pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) Malaysia berlepas ke Nepal pada Sabtu bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan kejadian banjir dan tanah runtuh di negara berkenaan.

Pasukan itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada kira-kira jam 9 pagi menggunakan pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Komander SMART, Penguasa Kanan Bomba 1 Abdul Manaf Che Isa berkata, pasukan berkenaan akan membantu operasi SAR di kawasan yang terjejas akibat bencana berkenaan.

Beliau mengetuai misi kemanusiaan itu yang turut membawa pelbagai kelengkapan operasi termasuk peralatan komunikasi.

Penerbangan ke Nepal dijangka mengambil masa kira-kira lima jam.

Misi berkenaan turut diselaraskan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian usaha Malaysia membantu negara berkenaan menangani bencana serta operasi menyelamat mangsa terjejas.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved