11 dipindah di Sipitang

2 Jul 2024 • 4:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

SIPITANG: Dua keluarga membabitkan 11 mangsa banjir di Kampung Marintaman dipindahkan pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Calvin Joe Jeafery mangsa termasuk empat lelaki dewasa, empat wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Bomba menerima panggilan pada jam 6.12 petang dan menghantar enam anggota bersama jentera, termasuk bot penyelamat.

Mangsa dipindahkan ke rumah saudara terdekat berdekatan dengan kampung tersebut. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Pihak bomba perlu berhati-hati semasa operasi menyelamat, antaranya risiko arus deras, renjatan eletrik dan haiwan berbisa, terutama ular dan kala jengking,” katanya.

Seorang penduduk, Adnan HS berkata Kg Tanjung Nipis juga dilanda banjir dengan beberapa penduduk terperangkap, namun tiada pemindahan dilakukan.

“Mungkin ini kerana kebanyakan rumah penduduk bertiang dan berada di aras tinggi, oleh itu mereka terhindar daripada dilanda banjir,” katanya.

Seorang lagi penduduk memberitahu bahawa banjir melanda Kampung Menengah, dengan beberapa rumah di kawasan rendah dinaiki banjir.

Menurutnya, ini adalah kali kedua mereka mengalami banjir.

Kebanyakan kawasan dilanda banjir dipercayai kerana semua perparitan tersumbat, yang memerlukan perhatian pihak Majlis Daerah.

Bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sindumin, Sani Miasin berkata siren di Sungai Mesapol berbunyi menandakan air banjir sedang naik.

“Ramai penduduk di kawasan rendah bersiap siaga menghadapi banjir kerana air banjir dijangka naik bila-bila masa kerana Sungai Mesapol telah penuh dan melepasi paras bahaya,” katanya.

“Paras air di Sungai Ulau juga naik mendadak, justeru itu, penduduk yang tinggal berdekatan sungai wajar bersiap siaga,” katanya, menambah hampir seluruh kawasan pekan dilanda banjir.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.