11 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

LocalEnvironment
2 Sep 2026 • 3:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

11 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 11 negeri, 2 wilayah sehingga 5 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah, seluruh negeri Perlis, W.P. Kuala Lumpur dan W.P. Putrajaya.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kuala Muda, Sik, Baling dan Langkawi. Manakala di Perak pula seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Sementara di Terengganu pula Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu. Selain itu di Kelantan seperti Kota Bharu, Jeli, Kuala Krai, Gua Musang dan Tanah Merah.

“Di Pahang, beberapa kawasan diramal hujan antaranya daerah Temerloh, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Bera. Selain itu, di Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.

Bagi Negeri Sembilan, daerah yang dijangka hujan adalah Seremban, Jelebu dan Kuala Pilah.

“Di Johor, kawasan yang terlibat adalah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Miri (Marudi dan Beluru) dan Limbang.

“Bagi Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Beaufort, Membakut, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau, Papar dan Penampang),” maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Image from: 11 Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved