Dua Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tahap Berbahaya Setakat 4 Petang

LocalEnvironment
2 Sep 2026 • 7:26 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Dua Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tahap Berbahaya Setakat 4 Petang

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Dua kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 4 petang ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 325.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), satu lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (309).

Sementara itu, lima kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Samarahan (287), Sarikei (256), Sibu (248), Sri Aman (247) dan Mukah (205).

Sebanyak 16 stesen pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan Bintulu, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 192, diikuti Kapit, Sarawak (190), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (178), Keningau, Sabah (175) dan Kota Kinabalu, Sabah (173).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Labuan (173), Samalaju, Sarawak (172), Kimanis, Sabah (171), ILP Miri, Sarawak (170), Limbang, Sarawak (169), Miri, Sarawak (166), Johan Setia, Selangor (159), Putrajaya (151), Nilai, Negeri Sembilan (151), Sandakan, Sabah (136) dan Seremban, Negeri Sembilan (109).

Sementara itu, sebanyak 45 stesen merekodkan bacaan pada tahap sederhana manakala tiada stesen mencatatkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

The post Dua Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tahap Berbahaya Setakat 4 Petang appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved