
SEMPORNA: Seramai 11 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam dua operasi khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Sabah, di sini, baru-baru ini.
Jabatan itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Ops Sapu dan Ops Selera adalah antara usaha yang dijalankan jabatan itu untuk membanteras pendatang tanpa izin.
Dalam Ops Sapu yang dijalankan pada 9 Jun lalu di dua lokasi, pasukan 13 anggota Imigresen Semporna memeriksa 12 individu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pasukan itu kemudiannya menahan tiga individu terdiri daripada dua lelaki dari China dan seorang lagi lelaki dari Pakistan.
Sementara itu, Ops Selera pada 10 Jun dan 11 Jun melibatkan 16 anggota Bahagian Penguatkuasa Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Imigresen Semporna.
Dalam operasi yang tertumpu kepada premis makanan, sembilan individu diperiksa dan lapan daripada mereka ditahan.
Mereka terdiri daripada seorang wanita dari China, dua lelaki Filipina dan lima wanita Filipina.
“Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen,” kata jabatan itu.
Jabatan Imigresen Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji pendatang tanpa izin.
Jabatan itu turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat mengenai pendatang tanpa izin di kawasan masing-masing.

