11 rakyat Malaysia diselamatkan di perairan Filipina

3 Apr 2023 • 1:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Sebelas penumpang bot warga Malaysia termasuk juragan berjaya diselamatkan setelah bertarung tiga hari di Perairan Sibutu, Filipina.

Difahamkan bot yang dinaiki enam wanita, dua lelaki dan tiga kanak-kanak itu sedang dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna pada malam 29 Mac.

Semasa melalui lokasi kejadian, bot mereka terbalik akibat cuaca buruk.

Pada 31 Mac, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) kemudiannya telah menerima maklumat dari Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu memaklumkan Kapal Dagang Tomini Dynasty telah menjumpai 11 orang warganegara Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina.

Seterusnya, Kapal Diraja Paus (KD Paus) telah diatur gerak memandangkan kapal tersebut dalam penugasan Operasi Pasir Selatan di sekitar Perairan Tanjung Labian.

KD Paus melaksanakan pertemuan bersama Kapal Dagang Tomini Dynasty di posisi sekitar 8 batu nautika Selatan Tanjung Labian bagi mengambil kesemua mangsa yang terlibat.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Siti Naun Osman, 25, memberitahu mereka terpaksa bertahan selama tiga hari dengan hanya duduk di atas bot yang terbalik.

KD Paus membawa mangsa ke Pulau Tambisan dan diserahkan kepada pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Justeru, pihak TLDM mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan keselamatan diri, penumpang dan harta benda semasa berada di laut bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.