Tiga Wanita Jadi Korban Kejadian Bot Bertembung Di Pangkor, Perak!

7 Mar 2023 • 6:26 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Tiga wanita maut dalam insiden pelanggaran antara dua bot di perairan Lumut-Pangkor dekat Manjung berhampiran Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) malam Isnin.

Ketiga-tiga wanita berumur lingkungan 26 hingga 43 tahun yang belum dikenal pasti identiti disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Laut, Lumut, dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Manjung dan TLDM telah melancarkan misi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik menerima maklumat pada pukul 9.17 malam.

image is not available

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah bot membawa 17 penumpang dengan seorang tekong dari Lumut ke Pangkor, yang berlanggar dengan sebuah lagi bot dinaiki seorang tekong dan seorang penumpang dari arah bertentangan.

"Akibat pertembungan itu 10 penumpang tercampak ke dalam laut sebelum diselamatkan oleh kedua-dua tekong bot berkenaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Nor Omar berkata tiga yang maut telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat -- manakala seorang lagi mangsa berumur 43 tahun kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dan yang lainnya telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Setakat ini pihak berkuasa mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini untuk tampil bagi membantu siasatan.

image is not available

Sumber: BERNAMA & Kredit Foto: Facebook TLDM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved