11 tanding naib presiden KEADILAN, pencalonan tutup tengah malam ini

9 May 2025 • 6:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 9 MEI: Seramai 11 pemimpin termasuk penyandang bertanding bagi jawatan naib presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), menurut laman web rasmi pencalonan pusat parti berkenaan.

Setakat jam 6 petang, tiga penyandang iaitu Dato’ Seri Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan mereka mempertahan jawatan tersebut.

Lapan lagi pemimpin termasuk tiga daripada Selangor turut mencuba nasib dalam persaingan bagi sesi 2025 hingga 2028.

Mereka ialah Mustaffa Kamil Ayub, R Ramanan, Dr Sathia Prakash Nadarajan, R Yuneswaran, Sim Tze Tzin, Abun Sui Anyit dan Hee Loy Sian, Chang Li Kang.

Bilangan yang bertanding jawatan berkenaan mungkin bertambah berikutan tarikh tutup pencalonan pada 12 tengah malam ini.

Meskipun dijangka sengit, saingan bagi jawatan itu selama ini tidak mengakibatkan perpecahan dalam parti berikutan calon yang tewas diberi jawatan lantikan tertentu dalam KEADILAN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved