110 pelarian Rohingya berhimpun di pejabat UNHCR telah diperiksa

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 11:26 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 110 pelarian Rohingya berhimpun di pejabat UNHCR telah diperiksa

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap lebih 100 pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur.

JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 110 individu telah diperiksa terdiri daripada 35 lelaki dan 22 orang wanita.

Turut diperiksa iaitu 29 kanak-kanak lelaki dan 23 kanak-kanak perempuan warganegara Myanmar manakala seorang wanita warga Indonesia.

Menurut kenyataan itu, kesemua individu terbabit telah dialihkan ke lokasi yang bersesuaian bagi membolehkan proses saringan, pemeriksaan dan pengesahan status dilaksanakan secara teratur.

Katanya, mana-mana individu yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

“Bagi individu yang mendakwa memiliki dokumen UNHCR, pengesahan status akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan pihak UNHCR,” katanya.

Dalam pada itu, JIM Kuala Lumpur turut menegaskan, status sebagai pelarian bukan alasan untuk mengganggu ketenteraman awam, mencetuskan keresahan atau melanggar undang-undang negara.

Jelasnya, pihaknya dan IPK Kuala Lumpur akan terus memperkukuh kerjasama bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Semua warga asing di Malaysia, tanpa mengira status atau latar belakang adalah tertakluk kepada undang-undang negara,” jelasnya.

Semalam, ratusan pelarian Rohingya berkampung di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling susulan diusir dari penempatan mereka di Pulau Pinang.-UTUSAN

The post 110 pelarian Rohingya berhimpun di pejabat UNHCR telah diperiksa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved