DBKL beri jaminan pantau pelarian Rohingya di ibu negara

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 5:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: DBKL beri jaminan pantau pelarian Rohingya di ibu negara

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan akan terus menjalankan pemantauan terhadap isu membabitkan pelarian etnik Rohingya, khususnya di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, pihaknya sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada agensi penguat kuasa, terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam menangani sebarang isu berkaitan.

“Jika memerlukan kerjasama DBKL, kita sentiasa membantu. Kita melihat kepada keadaan semasa dan pihak PDRM akan sentiasa berhubung dengan kita sekiranya terdapat keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi turun padang bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadlun menegaskan setiap individu mahupun warga asing yang berada di negara inj tertakluk di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk peraturan di bawah bidang kuasa DBKL.

Terdahulu, ratusan etnik Rohingya yang menetap di perkampungan nelayan Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dipercayai telah dipindahkan dari kawasan itu sebelum dibawa ke ibu negara.

Situasi itu menyebabkan segelintir daripada mereka berkumpul di hadapan pejabat Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Bukit Petaling, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, pihaknya telah memindahkan seramai 113 pelarian dengan pecahan seorang lelaki Iraq, seorang wanita Somalia dan seorang wanita Indonesia yang merupakan isteri kepada lelaki Rohingya.

Pemindahan pelarian Rohingya pula membabitkan 36 lelaki, wanita (21) serta kanak-kanak lelaki (31) dan perempuan (22) berusia di antara satu bulan hingga 60 tahun.

Fadil berkata, mereka dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama wakil pejabat UNHCR sekitar pukul 8.50 malam semalam.

Difahamkan, ketika ini, kesemua pelarian yang memiliki dokumen UNHCR yang sah telah beredar keluar daripada IPK Kuala Lumpur dan bergerak ke lokasi yang ditetapkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – KOSMO! ONLINE

The post DBKL beri jaminan pantau pelarian Rohingya di ibu negara appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved