110 peserta DUN Kajang sertai bengkel kemahiran AI

LocalTechnology
5 Oct 2026 • 8:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

110 peserta DUN Kajang sertai bengkel kemahiran AI

SHAH ALAM, 5 OKT: Seramai 110 peserta termasuk peniaga kecil, suri rumah dan warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mempelajari kemahiran kecerdasan buatan (AI) menerusi bengkel amali dalam Bahasa Malaysia.

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang memaklumkan program pada 3 dan 4 Oktober itu menggunakan pendekatan mudah, praktikal dan mesra komuniti bagi membantu peserta memanfaatkan AI dalam kehidupan seharian.

“Sebelum ini, Bengkel AI dalam bahasa Cina dan India telah berlangsung di sekitar DUN Kajang. Siri ini kemudiannya disusuli dengan bengkel dalam Bahasa Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada 3 Oktober, Bengkel Amali Pemasaran AI Melalui Telefon Pintar memberi tumpuan kepada kemahiran menghasilkan poster promosi, video pendek dan kandungan media sosial.

Latihan itu khususnya membantu peniaga kecil meneroka kaedah pemasaran digital menggunakan AI.

Sehari kemudian, Bengkel Amali Asas AI untuk Dewasa dan Warga Emas mengetengahkan penggunaan AI melalui suara dan teks, kaedah mengemukakan soalan susulan serta menghasilkan imej ucapan ringkas.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan risiko privasi, penipuan dan maklumat palsu bagi menggalakkan penggunaan teknologi secara selamat serta bertanggungjawab.

"Penganjuran program ini mencerminkan usaha memperluas peluang pembelajaran digital kepada masyarakat pelbagai peringkat umur menerusi latihan amali dan bimbingan tenaga pengajar," katanya.

Terdahulu, program dengan kerjasama Kolej Universiti New Era, Kajang itu disempurnakan wakil rakyatnya, David Cheong.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved