114 mangsa banjir di Muar berpindah ke dua PPS

LocalEnvironment
28 Jul 2026 • 10:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 114 mangsa banjir di Muar berpindah ke dua PPS

MUAR – Seramai 114 penduduk daripada 30 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir kilat di sini sejak kelmarin.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir berkata, jumlah mangsa banjir setakat pukul 8 malam ini melibatkan tiga buah kampung dalam kawasan Sungai Balang.

“Terdapat 41 penduduk melibatkan 13 buah keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Bulat manakala 73 penduduk melibatkan 17 buah keluarga ditempatkan di PPS SK Orang Kaya Ali.

“Mangsa banjir berkenaan dari Parit Bulat, Kampung Sri Menanti dan Kampung Parit Pechah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha kerajaan Negeri memberitahu, PPS di SK Parit Bulat dibuka pada pukul 2 petang kelmarin dan PPS di SK Orang Kaya Ali dibuka pada pukul 7 malam kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Datuk Mohd Fared Mohd Khalid berkesempatan melawat mangsa banjir di dua PPS berkenaan bagi meninjau keadaan serta menyampaikan bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

“Bantuan yang disalurkan merangkumi Kit Solat yang mengandungi kain pelikat, telekung, kain batik, sejadah dan kopiah serta Kit Mandian yang mengandungi syampu, sabun mandian, ubat gigi, berus gigi, tuala wanita, losen dan tuala. Kedua-dua kit ini bernilai kira-kira RM150 bagi setiap penerima dan akan diagihkan kepada 200 penerima, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM30,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

The post 114 mangsa banjir di Muar berpindah ke dua PPS appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved