Banjir Melaka: Jumlah mangsa turun 110 orang

LocalEnvironment
26 Jul 2026 • 2:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Banjir Melaka: Jumlah mangsa turun 110 orang

MELAKA: Banjir di Melaka menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkurangan kepada 110 mangsa daripada 31 keluarga, setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Jumlah itu menurun berbanding 118 mangsa daripada 35 keluarga yang direkodkan pada sebelah pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, tiga PPS masih beroperasi iaitu di Jasin dan Melaka Tengah.

“Di daerah Jasin, dua PPS kekal dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat yang menempatkan 37 mangsa daripada 10 keluarga dan SK Bukit Tembakau menempatkan 26 mangsa daripada lapan keluarga.

“Di daerah Melaka Tengah, satu PPS iaitu di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundor masih beroperasi dengan menempatkan 47 mangsa daripada 13 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, biarpun jumlah mangsa dan keluarga terjejas mencatatkan penurunan, bilangan daerah dan PPS yang dibuka tidak menunjukkan perubahan.  – UTUSAN

The post Banjir Melaka: Jumlah mangsa turun 110 orang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved