
KUALA LUMPUR – Destinasi beli-belah 118 Mall memiliki kekuatannya tersendiri sebagai ekosistem presint Merdeka 118 secara menyeluruh yang menghubungkan pengalaman beli-belah, hospitaliti, warisan, pelancongan dan budaya dalam sebuah destinasi yang saling melengkapi.
Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PNBMV), Datuk Ir.Ts. (Dr) Izwan Ibrahim berkata, semua elemen ini membentuk sebuah presint yang dinamik bagi membolehkan pengunjung bekerja, menginap dan menikmati pelbagai pengalaman dari siang hingga malam.
“Kedudukan strategik pusat beli-belah ini akan membolehkannya menarik pelbagai kelompok pengunjung, termasuk pelancong, tetamu hotel mewah, golongan profesional korporat dan komuniti setempat.
“Kepelbagaian profil pengunjung ini memberi kami keyakinan terhadap potensi jangka panjang yang boleh dibina bersama rakan-rakan niaga dan penyewa, sekali gus mewujudkan manfaat dan pertumbuhan yang mampan untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena satu majlis Majlis Perhimpunan bersama Rakan Niaga 118 Mall yang julung kali diadakan baru-baru ini.
Majlis ini menghimpunkan lebih 200 rakan-rakan niaga serta barisan jenama yang mencerminkan kepelbagaian pengalaman yang bakal ditawarkan di 118 Mall,antaranya adalah rakan-rakan niaga utama pusat beli-belah , termasuk Village Grocer, pasar raya premium dan Makanism Foodhall
Turut hadir adalah daripada barisan jenama fesyen dan gaya hidup seperti adidas, ALDO, Converse, Foot Locker,Guess, Lacoste dan Benjamin Barker, CHAGEE Signature, Honolu Ramen, Masala Mansion, Donkai dan Nara Thai.
Rakan niaga daripada jenama lain pula adalah daripada Babyshop, Best Denki, BookXcess, dan
Happikiddo, bersama Maybank Premier Banking.
Sementara itu, jenama-jenama tempatan yang akan beroperasi di pusat beli-belah itu adalah Malaysian Artisan District (M.A.D), Banglo 289, Batik Boutique, Bayu Somerset dan Cookiecrumbs.

Selain itu, Ketua Peruncitan 118 Mall, Sue Wang menerangkan, keistimewaan 118 Mall terletak pada
kepelbagaian pengalaman yang dihimpunkan di bawah satu bumbung.
Jelas beliau, 118 Mall adalah sebuah jemputan untuk bersama-sama membina sesuatu yang baharu,
sebuah pelawaan untuk meneroka, menikmati, berhibur dan menyelami keunikan yang
terdapat di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
“Pada tahun pertama operasi, kami menjangkakan sehingga 22 juta pengunjung, didorong oleh kelebihan unik yang dimiliki oleh ekosistem presint Merdeka 118 secara keseluruhannya.
“Kami komited untuk terus menarik tumpuan pengunjung secara berterusan bagi mewujudkan nilai komersial yang mampan kepada semua rakan niaga dan penyewa kami,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
The post 118 Mall dijangka tarik 22 juta pengunjung tahun pertama beroperasi appeared first on Kosmo Digital.


