Menara Merdeka 118 dinamakan semula kepada Menara Merdeka Maybank

Business & Finance
28 Jul 2026 • 3:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Menara Merdeka 118 dinamakan semula kepada Menara Merdeka Maybank

PETALING JAYA: Maybank mengumumkan Menara Merdeka 118 dinamakan semula secara rasmi kepada Menara Merdeka Maybank, mencerminkan kehadiran kumpulan di bangunan mercu tanda yang kini menjadi ibu pejabatnya.

Menurut kenyataan, alamat berdaftar baharu ibu pejabat Maybank adalah Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.

“Seiring dengan pengumuman ini, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak, yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.

“Kedua-dua nama bangunan ini akan berkuatkuasa mulai 28 Julai 2026,” ujarnya

Bank itu berkata, Maybank ingin memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi dari Menara Tun Perak sehingga dimaklumkan kelak.

“Penamaan semula ini tidak akan memberi kesan kepada pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan tersebut, dan semua perkhidmatan perbankan akan terus beroperasi seperti biasa,” jelasnya. – UTUSAN

The post Menara Merdeka 118 dinamakan semula kepada Menara Merdeka Maybank appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved