
Kota Kinabalu: Seramai 119 calon akan bersaing untuk merebut 25 kerusi parlimen yang dipertaruhkan di Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov selepas penamaan calon pada Sabtu.
Daripada 25 kerusi itu, hanya Warisan akan bertanding di semua kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH), terdiri daripada DAP, PKR dan Upko akan bertanding di 23 kerusi.
GRS meletakkan calon di 13 kerusi daripada tiga partinya di bawahnya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) manakala Barisan Nasional (BN), dengan Umno dan PBRS, di 12 kerusi sementara Pejuang di 15 kerusi.

