12 anggota polis dipercayai terbabit kes samun kripto direhatkan tugas lapangan

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 12:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

12 anggota polis dipercayai terbabit kes samun kripto direhatkan tugas lapangan

SHAH ALAM, 28 APRIL: Seramai 12 anggota polis yang disyaki terbabit dalam kes samun mata wang kripto milik seorang warga asing kini direhatkan daripada tugas lapangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, bagaimanapun semua anggota terbabit masih menjalankan tugas dan tidak ditahan kerja.

Menurutnya, mereka kini ditempatkan di bawah pemantauan ketua cawangan masing-masing sementara siasatan dijalankan.

“Kita masih menunggu laporan teknikal. Jika ada perkembangan baharu, kita akan maklumkan,” katanya pada sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini, lapor Berita Harian.

Sebelum ini, media melaporkan 12 anggota polis termasuk empat pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ditahan kerana disyaki terbabit dalam rompakan berkumpulan.

Kes itu membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto milik sekumpulan warga China.

Kesemua suspek terdiri daripada seorang Asisten Superintendan, Inspektor, sarjan, enam koperal, dua lans koperal serta seorang konstabel berusia antara 24 hingga 47 tahun.

View Original Article