12 Artis Terkenal Bakal Gegarkan Astro Showcase Di Festival MLBB M6! Masuk Percuma

10 Dec 2024 • 2:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Dari 13 hingga 15 Disember, Astro akan bekerjasama dengan Festival MLBB M6 untuk meraikan Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) atau MLBB M6 World Championship di KL Sports City, Car Park B/C, Bukit Jalil. 

Festival ini bertujuan untuk menyatukan komuniti MLBB dan peminat hiburan dengan kemasukan percuma. 

Acara ini menawarkan pesta e-sukan, cosplay, makanan dan muzik, serta aktiviti interaktif di Booth Astro. Ini merupakan kolaborasi yang ditunggu-tunggu sempena meraikan peminat Mobile Legends di Malaysia.

Apa yang paling menarik perhatian adalah Astro Showcase yang akan diadakan secara percuma pada 13 Disember, bermula jam 5 petang dan 7.45 malam. 

Showcase ini bakal menampilkan artis-artis terkenal seperti Hael Husaini, Naim Daniel, The LIMA, Kaka Azraff, Nadeera, Firdaus Rahmat, Fahimi dengan gabungan “vibe” hip hop juga akan dibawa oleh Ael D & Lucidrari serta YBJ & 53 Universe.

image is not available





image is not available



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved