12 kanak-kanak, pemandu cedera van terbabas

5 Oct 2022 • 10:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Van yang dinaiki 13 individu termasuk kanak-kanak terbalik dalam kejadian di Kilometer 6.7 SKVE menghala ke Plaza Tol Ayer Hitam di Sepang pada Rabu.

SEPANG - Enam kanak-kanak serta seorang pemandu parah manakala enam lagi cedera setelah van yang dinaiki terbabas dalam kejadian di Kilometer 6.7 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Plaza Tol Ayer Hitam di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2 petang.

"Siasatan dijalankan mendapati van yang dipandu seorang lelaki warga tempatan itu membawa penumpang terdiri tujuh kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan berumur antara lapan hingga 12 tahun.

"Van yang membawa kesemua pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Serdang itu dari arah Kajang menghala ke Tol Ayer Hitam dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

"Pemandu van serta enam mangsa masih menerima rawatan manakala enam mangsa lagi menerima rawatan pesakit luar dan telah dibenarkan pulang.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved