12 kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga

24 Feb 2024 • 6:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
12 kawasan di seluruh negara merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga. Gambar hiasan Bernama

SHAH ALAM - 12 kawasan di seluruh negara merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga sehingga jam 6 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia memaklumkan, di Semenanjung kawasan terlibat ialah sembilan lokasi di Kedah (Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Kulim), Perlis dan Kuala Kangsar, Perak, manakala di Sabah pula membabitkan Beaufort.

"Amaran berkenaan dikeluarkan susulan suhu maksimum harian dijangka mencecah 35 hingga 37 darjah celcius selama tiga hari berturut-turut berdasarkan rekod yang dicatatkan setakat jam 4 petang hari ini.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasikan suhu antara 37 hingga 40 darjah celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved