12 kontena dijadikan rumah kongsi terbakar

21 Aug 2023 • 5:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran di rumah kongsi di Jalan Athmosphere-Bandar Putra Permai, di sini pada Isnin.

SERDANG - Sebanyak 12 kontena yang dijadikan rumah kongsi di Jalan Athmosphere-Bandar Putra Permai, di sini terbakar pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 2.28 petang.

Katanya, seramai 26 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dan BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Semasa anggota penyelamat tiba di lokasi didapati 12 unit kontena yang dijadikan rumah kongsi pekerja pembinaan terbakar 90 peratus.

"Kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan berjaya dikawal pada jam 2.46 petang. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.