
12 lelaki warga tempatan ditahan polis susulan kejadian pergaduhan yang tular di media sosial membabitkan sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Taman Daya, Johor Bahru, awal pagi Isnin.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.40 pagi sebelum tindakan lanjut dijalankan.
Menurut beliau, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menahan 12 suspek berusia antara 15 hingga 38 tahun.
“Tangkapan dibuat antara jam 10 pagi hingga 11 pagi hari sama di sekitar Taman Setia Indah, Johor Bahru.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan menggunakan senjata. Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga:
‘Yang lantik menteri ialah PM, kalau tak suka pecat sajalah’ – Zahid
Video tular remaja dibelasah: Empat suspek berusia 14 tahun ditahan
Minyak masak paket Malaysia muncul dalam video TikToker Filipina cetus persoalan
World Cup final di E&Y Sahul, JB:
Pergaduhan tercetus antara Geng Argentina Celup cawangan Johor & Geng Spain Celup cawangan Johor.
🤡🤡
“Mat Yo tak salah…” pic.twitter.com/VZQ9ZUBP5E
Dalam pada itu, Ab Rahaman memaklumkan hasil semakan rekod jenayah mendapati tiga daripada 12 suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru pada 21 Julai 2026 bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau berkata, motif atau punca kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan proses siasatan.
Terdahulu, tular rakaman video memaparkan kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Taman Daya yang dipercayai berlaku ketika tayangan final Piala Dunia.
The post 12 lelaki ditahan susulan pergaduhan tular di restoran Taman Daya appeared first on The Reporter.






