12 mangsa banjir kilat Perlis ditempatkan di PPS

LocalEnvironment
26 Oct 2026 • 3:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 12 mangsa banjir kilat Perlis ditempatkan di PPS

KANGAR – Hujan berterusan sejak pagi semalam menyebabkan seramai 12 mangsa daripada empat keluarga di Kampung Telok, dekat sini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) transit Dewan Batu 5 susulan kejadian banjir kilat awal pagi tadi.

PPS itu dibuka pada pukul 1.50 pagi bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat kejadian tersebut.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, jumlah mangsa yang direkodkan setakat pukul 1.47 tengah hari ini kekal seramai 12 orang membabitkan empat keluarga.

“Daripada jumlah tersebut, empat merupakan warga emas terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.

“APM Perlis turut menjalankan pemantauan berterusan di kawasan-kawasan berisiko susulan hujan berterusan yang boleh menyebabkan banjir kilat,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post 12 mangsa banjir kilat Perlis ditempatkan di PPS appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved