Dua maut kemalangan tiga kenderaan

26 Oct 2026 • 10:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua maut kemalangan tiga kenderaan

ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer 24.9, Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, kedua-dua mangsa lelaki warga Malaysia berusia 34 dan 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dan dua motosikal.

Menurutnya, kereta yang dinaiki seorang pemandu bersama dua penumpang sedang dalam perjalanan menghala ke Lima Kedai.

“Kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh dalam keadaan jalan basah dan licin sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan dua motosikal yang sedang menghala ke Gelang Patah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki kanan akibat perlanggaran tersebut.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemandu kereta bersama dua penumpangnya mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala, muka dan kaki kanan.

Radin Ramlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. – KOSMO! ONLINE

The post Dua maut kemalangan tiga kenderaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved