12 Set ETS Baharu Untuk KTM Komuter Utara

LocalBusiness & Finance
25 Mar 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menerima 12 set tren elektrik baharu yang bernilai RM283 juta bagi meningkatkan perkhidmatan KTM Komuter Utara.

Menterinya, Anthony Loke, berkata,, syarikat CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) Sdn Bhd akan menyerahkan tren baharu berkenaan secara berperingkat dalam tempoh 36 bulan.

"Kerajaan pada 20 Mac lalu, mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) Sdn Bhd melalui tender terbuka bagi perolehan 12 set tren 'Three Car Set (3CS)' untuk perkhidmatan KTM Komuter Utara.

"Pembinaan tren baharu ini akan bermula serta merta dan dibekalkan secara berfasa dalam tempoh 36 bulan dengan tren pertama dijangka diterima dalam tempoh 22 bulan," katanya.

image is not available

Pembelian tren berjumlah RM283 juta adalah merangkumi kerja reka bentuk, pembinaan, penghantaran, pengujian dan pentauliahan tren sebelum diserahkan kepada KTMB untuk operasi penuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved