12 Terbunuh, Bumbung Runtuh Ketika Upacara Keagamaan Di India

31 Mar 2023 • 12:58 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

12 Terbunuh, Bumbung Runtuh Ketika Upacara Keagamaan Di India

NEW DELHI, 30 Mac (Bernama) — Sekurang-kurangnya 12 orang maut selepas bumbung menutupi “bawdi” runtuh ketika ritual keagamaan berlangsung di sebuah kuil di Indore, Madhya Pradesh pada Khamis.

Kira-kira 30 orang dilaporkan terperangkap selepas bumbung yang menutupi “bawdi” (tangga perigi) di kuil itu runtuh semasa upacara perayaan Hindu Ram Navami, lapor media tempatan.

Sebilangan besar penganut berkumpul untuk mengambil bahagian dalam upacara yang dikenali sebagai “havan” sejurus sebelum bumbung itu runtuh.

“Sangat sedih menerima perkhabaran di Indore,” kata Perdana Menteri Narendra Modi menerusi
ciapan di Twitter.

Ketua menteri Madhya Pradesh Shivraj Singh Chouhan mengumumkan sumbangan berjumlah setengah juta rupee (RM26,820) bagi setiap keluarga mangsa yang terkorban.

Sumber: Bernama