Projek Kereta Kebangsaan Ketiga Kerjasama Diantara DreamEDGE Dan Daihatsu Motors

TechnologyDigital
9 Aug 2019 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelan untuk membangunkan jenama kereta kebangsaan ketiga telah banyak diperkatakan sejak tahun lepas, terutamanya oleh Perdana Menteri sendiri yang sangat ingin melihat industri kenderaan di Malaysia berkembang pesat.

Hari ini, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membuat pengumuman rasmi mengenai projek tersebut. Jenama kereta kebangsaan ketiga akan dijalankan melalui kerjasama diantara dua syarikat, iaitu DreamEDGE Sdn Bhd dan juga Daihatsu Motors dari Jepun.

Menurut Darrel Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, jenama kereta kebangsaan ketiga ini akan dibangunkan dibawah sebuah syarikat persendirian dan tidak akan dibiayai oleh pihak kerajaan,

Beliau berkata lagi bahawa jenama kereta terbaru ini akan hadir dengan teknologi terbaru, rekaan moden, dan paling penting, mempunyai tanda harga mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Buat masa ini, jenama ataupun jenis kenderaan yang akan dibina oleh DreamEDGE dan Daihatsu Motors ini masih belum diketahui lagi, akan tetapi mereka juga telah mengumumkan bahawa rekaan pengolokan kenderaan ini akan diperlihatkan pada penghujung bulan ini.