13,000 botol Sambal Nyet Khairul Aming sold out dalam 2 minit, pecah rekod 3 tahun meniaga, sampai handphone hanged!

12 Apr 2023 • 10:46 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

13,000 botol Sambal Nyet Khairul Aming sold out dalam 2 minit, pecah rekod selama 3 tahun meniaga, sampai jem handphone

KHAIRUL Aming, usahawan sambal yang menjadi inspirasi semua golongan. Sambal Nyet jualannya menjadi rebutan di laman dagang Shopee.

Baru-baru ini Khairul Aming berkongsi sambalnya habis terjual dalam biarpun baru sahaja diisi semula atau ‘restock’.

image is not available

“Tengah hari tadi kita restock 13,000 botol Sambal Nyet and sold out dalam masa dua minit.

“Ni paling laju sold out sepanjang tiga tahun berniaga. Thank you guys,” titipnya.

Menerusi Twitter, Khairul Aming berkongsi video yang memaparkan rakaman sewaktu jualan di Shopee.

Telefon bimbitnya tidak henti menerima notifikasi pembelian sambal berharga RM13.99 sebotol itu sehingga hanged.

“Ya ALLAH 13,000 sold out dalam DUA minit, telefon aku dah jam,” katanya menerusi video.

Video berkenaan mendapat perhatian warganet yang turut teruja dan memberikan pelbagai reaksi.

– “Hari tu aku ada doakan Khairul Aming sentiasa dilimpahi, rezeki tidak putus-putus sebab dia rajin belanja staf, bawa shopping, siap bagi bonus raya. Hari ni ALLAH gandakan rezeki dia, dalam masa dua minit saja 13,000 botol Sambal Nyet sold out, Alhamdulillah.”

image is not available

– “Bahagia betul notification dia.”

– “Dia terkejut aku lagi terkejut. Rezeki Khairul Aming Alhamdulillah.”

– “Alhamdulillah. Seronok tengok Khairul Aming semakin maju..”

– “Makin murah rezeki sebab selalu share rezeki dengan staf and orang lain.”

– “Dah macam bunyi machine gun hahaha, congrats team Sambal Nyet.”

– “Congratulations. Gembirakan hati staf, ALLAH gembirakan hati Khairul Aming.”

– “Alhamdulillah, rezeki luar biasa.”

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Istiqamah Khairul Aming dalam usaha penjenamaan, R&D dan proses penghasilan sambal yang sistematik membuahkan hasil.

Bukan calang-calang servis yang diberikan, baru-baru ini Sambal Nyet meraih Best Customer Service Award dari Shopee.

image is not available

Tidak hanya bijak mengatur strategi, Khairul Aming juga majikan yang mementingkan para pekerja dan memberikan ganjaran kepada mereka. Semoga kisahnya menjadi inspirasi buat kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.