Hasrat pelari 110 meter berpagar negara, Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif, untuk melepasi had kelayakan ke Sukan SEA Thailand 2025 akhirnya termakbul selepas berjaya melakukan catatan 13.85 saat dalam kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Gumi, Korea Selatan pada Khamis lalu.
