
Sekurang-kurangnya 13 orang maut selepas gempa bumi kuat melanda Kumamoto di Pulau Kyushu, Jepun, sementara usaha menyelamat dipergiat bagi mencari mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut laporan AP, Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi memaklumkan angka kematian meningkat selepas gegaran kuat berukuran 7.1 magnitud melanda wilayah berkenaan pada Selasa.
Gempa itu turut menyebabkan kerosakan besar termasuk runtuhan sebahagian bangunan, gangguan bekalan elektrik serta kemusnahan infrastruktur di beberapa kawasan terjejas.
🚨 BREAKING 🚨
Japan Earthquake
Aeon Mall 2nd floor collapse
Numerous people trapped
Watch VIDEO from inside and outside the mall. https://t.co/T75eQnmiew pic.twitter.com/RrnNfb62q0
Antara lokasi paling teruk terjejas ialah sebuah pusat beli-belah di Kashima, Kumamoto, apabila sebahagian struktur bangunan itu runtuh selepas berlaku letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas susulan gempa.
Baca juga:
- 13 maut akibat gempa Jepun, pusat beli-belah antara lokasi terjejas teruk
Netanyahu kecam Mamdani, dakwa Datuk Bandar New York cetus kebencian
‘Ahmad Shah maut ketika cuba lerai pergaduhan di Korea Selatan’ – Keluarga
Laporan awal menyebut beberapa mangsa terperangkap di pusat beli-belah berkenaan, manakala pihak berkuasa menjalankan operasi menyelamat untuk mencari individu yang masih belum ditemui.
Selain kejadian di pusat beli-belah itu, satu lagi kematian dilaporkan berlaku akibat runtuhan bangunan di kawasan berhampiran pusat gempa.
Pihak berkuasa Jepun turut menggesa penduduk supaya berwaspada terhadap gegaran susulan dan risiko tanah runtuh, sementara pasukan kecemasan terus menjalankan pemeriksaan serta operasi bantuan.
The post 13 maut akibat gempa Jepun, pusat beli-belah antara lokasi terjejas teruk appeared first on The Reporter.



