13 motosikal, 4 skuter elektrik terbakar depan KLCC

13 Apr 2023 • 5:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kebakaran menyebabkan sembilan motosikal dan empat skuter elektrik musnah 100 peratus.

image is not available
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran motosikal dan skuter elektrik di kawasan parkir pusat beli-belah Suria KLCC pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13 buah motosikal dan empat skuter elektrik terbakar di kawasan parkir pusat beli-belah Suria KLCC, Jalan Ampang di sini, pada Khamis.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Iqbal Khan Malek Khan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 3.46 petang.

"Seramai 15 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Iqbal Khan berkata, setibanya pasukan bomba dan penyelamat di lokasi kejadian mendapati sebanyak 13 motosikal dan empat buah skuter elektrik terbakar.

"Kebakaran menyebabkan sembilan motosikal dan empat skuter elektrik musnah 100 peratus, sebuah motosikal musnah 20 peratus dan tiga lagi motosikal terbakar dua peratus," katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan teknik 'offensive dan defensive' untuk memadam kebakaran.

"Punca dan kerugian kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved