Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa terbakar 80 peratus, empat bilik musnah

13 Apr 2023 • 9:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KOTA BHARU, 13 APRIL: Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini terbakar 80 peratus akibat kebakaran empat buah bilik dalam kejadian pada pukul 12.26 tengah malam, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa PKPgB Alam Nasut Ilias berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi pada 12.33 tengah malam dan mendapati empat buah bilik iaitu bilik pemandu ambulans serta tiga bilik pemeriksaan doktor (pesakit luar) di klinik kesihatan berkenaan hangus dijilat api.

“Seramai 17 anggota termasuk bantuan daripada BBP Kota Bharu terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.18 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata tiada mangsa terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved