13 peserta Himpunan Rakyat Benci Rasuah beri keterangan esok

LocalPolitics
1 Feb 2025 • 4:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sulizmie Affendy

image is not available
Seramai 13 penuntut universiti akan hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR - Seramai 13 penuntut universiti akan hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kesemua mereka telah diberi pemakluman untuk memberi keterangan pada Ahad.

"Mereka dijangka akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada esok (Ahad)," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Sabtu.

**media[2990258]**

Terdahulu media melaporkan penganjur perhimpunan memaklumkan mereka menerima panggilan daripada pihak polis pada Jumaat bagi diambil keterangan.

Senarai nama melibatkan 13 orang penuntut universiti telah diberikan oleh pihak polis.

Kesemua pelajar itu dikehendaki memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Ahad ini, jam 1 petang.

Dalam perhimpunan itu, kira-kira 200 peserta telah berarak dari pusat beli-belah terkemuka hingga ke Dataran Merdeka.