Rumah tangga pelakon Linda Hashim dan Beego akhirnya menemui noktah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak tiga pada Khamis.
Perkara itu difahamkan berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menerusi satu video yang dikongsikan sebuah portal hiburan di Instagram, Linda dan Beego turut dilihat sempat bertegur sapa ketika berada di luar kawasan mahkamah.
View this post on Instagram
Kisah rumah tangga mereka mula menjadi perhatian sejak Januari tahun lalu apabila Linda memfailkan permohonan cerai dengan alasan sudah tiada persefahaman.
Sebelum ini, pasangan berkenaan pernah bercerai pada Mac 2023, namun kembali rujuk sebulan kemudian pada April tahun yang sama. Bagaimanapun, Linda sebelum ini mendakwa mereka kembali berpisah beberapa bulan selepas itu sebelum mengambil keputusan untuk kembali bersama.
Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, serta Indah Camelia, 6 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dia Tinggal Anak Ketika Aidilfitri Dan Tak Ambil Balik" - Bekas Suami Zahnita Dakwa Hak Penjagaan Diberi Tanpa Sebarang Paksaan
The post 13 Tahun Bersama, Linda Hashim Dan Beego Sah Bercerai Talak 3 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






