14 Anggota Polis Dan 2 Timbalan Pendakwa Raya Ditahan, Positif Dadah

20 Aug 2023 • 4:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pegawai kanan, 14 anggota polis dan dua timbalan pendakwa raya ditahan ketika disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban, awal pagi tadi.

Menurut laporan polis, hanya seorang daripada yang ditahan disahkan negatif hasil ujian air kencing, manakala selebihnya berada di bawah pengaruh dadah. Mereka ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi.

Difahamkan, semua pegawai dan 14 anggota tersebut bertugas di pelbagai jabatan termasuk Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi. Manakala, dua pendakwa raya yang ditahan masing-masing bertugas di Shah Alam dan Negeri Sembilan.

Mereka yang gagal ujian air kencing dilaporkan positif di bawah pengaruh dadah jenis Ketamin, Amphetamin dan Methamphetamine.

Untuk rekod, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Butiran terperinci terhadap serbuan tersebut masih belum didedahkan kerana siasatan masih di peringkat awal.

Kredit: Buletin TV3

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.