14 ditahan bersama mercun, bunga api di Kelantan

5 Apr 2023 • 6:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhamad Zaki

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Polis Kelantan menahan 14 individu termasuk seorang wanita dan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM115,679 sepanjang tempoh 12 hari bermula 25 Mac lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, operasi itu melibatkan 15 kes dan daerah Pasir Mas merekodkan tangkapan tertinggi iaitu lima kes, Tanah Merah (tiga), Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu masing-masing dua kes manakala Tumpat satu kes.

"Kesemua tangkapan disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.

"Saya ingin mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak menawarkan apa-apa penjualan mercun secara terbuka tanpa mendapatkan permit daripada pihak polis terlebih dahulu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, bagi individu yang mempunyai permit menjual mercun perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved