14 gerai makanan musnah dalam kebakaran

18 Nov 2022 • 11:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Api berjaya dipadamkan pada jam 10.02 malam. - Foto PGOKL

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 buah gerai makanan musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Burung Tiong, Taman Bukit Maluri di sini pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) memaklumkan, tiga buah jentera bersama sebuah tangki air dan 32 anggota dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.38 malam.

"Setibanya jentera dilokasi kejadian didapati kebakaran gerai melibatkan 14 buah yang berkedudukan dua baris yang bertentangan.

"Keluasan kebakaran 1.85 meter persegi (m²) x 1.85 m² mengalami kemusnahan 100 peratus," menurut satu kenyataan pada Jumaat.

PGOKL berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.02 malam dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.