14 jam mencari akhirnya pemancing ditemukan maut

16 Oct 2026 • 2:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 14 jam mencari akhirnya pemancing ditemukan maut

KLANG – Seorang lelaki yang dipercayai hilang ketika memancing di Tasik Bukit Raja di sini ditemukan meninggal dunia selepas lebih 14 jam pencarian dilakukan sejak malam tadi.

Mayat mangsa berusia 30 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 300 meter dari pangkalan kawalan bomba (PKB) pada pukul 12.45 tengah hari sebelum berjaya dibawa naik 15 minit kemudian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.37 malam tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai hilang ketika menjalankan aktiviti memancing di tasik berkenaan.

Katanya, motosikal, peralatan memancing dan selipar milik mangsa pula ditemukan di tepi tasik.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dijalankan dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Shah Alam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pencarian juga dilakukan menggunakan dua buah bot bagi mengesan mangsa di permukaan air,” katanya hari ini.

Ashrul Riezal berkata, mangsa akhirnya ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak kira-kira 300 meter dari PKB.

Ujarnya, mangsa kemudian dibawa naik ke darat dan disahkan meninggal dunia sebelum identitinya disahkan oleh waris.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 14 jam mencari akhirnya pemancing ditemukan maut appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved