14 tahun bermakna buat Kashfi Zulkufli

Men's Fashion
20 May 2026 • 10:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 14 tahun bermakna buat Kashfi Zulkufli
Kashfi menerima BISA 2026 bagi kategori Ikon Pereka Fesyen Berpengaruh yang disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.
Image from: 14 tahun bermakna buat Kashfi Zulkufli
Image from: 14 tahun bermakna buat Kashfi Zulkufli
Dari kiri: Rasta Rashid, Nik Asmah, Datuk Seri Raja Rezza Shah Raja Aman Shah, Tengku Datin A’liaa Muna Tengku Abdul Rahman dan Tunku Datuk Mohamed Alauddin Tunku Naquiyuddin yang menjadi pendorong semangat Kashfi dalam bidang fesyen.

Menzahirkan perasaan dan jiwa dengan lebih baik menerusi setiap hasil rekaan menjadi fokus utama jenama Kashfi Zulkufl i untuk mendepani cabaran mendatang sekali gus mampu memenuhi keinginan pelanggan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kashfi Zulkufli Holdings Sdn Bhd, Kashfi Zulkufli berkata, penganugerahan Ikon Pereka Fesyen Berpengaruh di Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026 tidak datang dengan mudah, sebaliknya hadir bersama pengorbanan, tekanan serta tanggungjawab yang bukan semuanya terzahir pada mata masyarakat.

Pereka fesyen berusia 38 tahun itu berpandangan, dalam dunia fesyen, orang ramai hanya melihat hasil akhir iaitu keindahan, kemewahan dan kesempurnaan namun jarang mengerti proses di balik tabir yang penuh dengan linangan air mata, doa serta usaha berpanjangan.

“Pencapaian ini sangat peribadi buat saya. Melihat trofi ini depan mata, saya tidak hanya melihat ia sebagai anugerah, tetapi juga perjalanan hidup saya sendiri.

“Teringat setiap langkah kecil yang pernah saya ambil, tiap malam yang sunyi di mana saya ragu dengan diri sendiri dan setiap saat saya hampir berhenti, tapi tetap memilih untuk teruskan.

“Anugerah ini turut membuatkan saya berfi kir tentang perjalanan sebagai seorang manusia, bukan pereka fesyen semata-mata. Bagaimana saya belajar untuk menjadi kuat, memahami erti kesabaran dan terus berdiri walaupun diuji,” katanya.

Setiap rekaan menzahirkan kebahagiaan

**media[3525825]**

Memulakan karier sejak 2012, Kashfi secara peribadi berpandangan, kejayaan sebenar bukan tentang setinggi mana seseorang itu berada pada tempatnya, tetapi seberapa jauh berjalan tanpa sesaat pun terfikir untuk berhenti.

Graduan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu memasang tekad untuk konsisten menghasilkan rekaan yang menyuntik ‘warna’ bukan hanya untuk dunia, tetapi juga buat kepuasan jiwa sendiri.

I don’t design beauty, I design happiness kekal teguh menjadi prinsip jenama Kashfi Zulkufli.

Baginya, sesetengah pereka fesyen mampu menghasilkan apa itu kecantikan, cuma tidak ramai yang boleh menzahirkan kebahagiaan dalam hasil karya masing-masing.

“Sentuhan Kashfi Zulkufli banyak memberi kebahagiaan kepada masyarakat. Ia kerana saya lakukannya dengan sebaik mungkin dan pembangunan jenama ini juga tidak mungkin berhasil tanpa gerak kerja berpasukan yang mantap.

“Saya rasa sesebuah karya mestilah diperbesar-besarkan dan gah, dalam masa sama saya menemui kekuatan serta kelemahan diri. Itulah yang membawa kepada representasi jenama ini dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Elemen dramatik

**media[3525824]**

Ditanya mengenai cabaran mengekalkan branding, anak kelahiran Kuala Lumpur itu akui bukan mudah untuk cuba bulatkan tekad dan keluar daripada zon selesa.

Dalam erti kata lain, pereka fesyen mesti benar-benar memahami kehendak pelanggan dan berani mencuba perkara baharu setiap hari.

“Saya perlu mengambil tahu apa jua kehendak mereka dalam segenap aspek demi kepuasan hati kedua-dua pihak, pereka dan pelanggan,” jelasnya.

Menyentuh perihal ciri khas pula, Kashfi menekankan elemen dramatik dan mementingkan karakter.

“Saya seorang yang dramatik di mana setiap sentuhan menjurus kepada unsur drama, iaitu rekaan memiliki elemen folding, volume, flare dan structure agar timbulnya karakter tersendiri.

“Perincian hiasan semuanya custom-made dan eksklusif demi memenuhi keinginan pelanggan,” ulasnya sebelum menutup ruang temu bual bersama Sinar Harian.