14 Tahun Kerja Di Singapura, Warga Bangladesh Berjaya Bina Rumah Mewah Berharga Lebih RM820K Di Kampung Halaman!

19 Nov 2026 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

14 Tahun Kerja Di Singapura, Warga Bangladesh Berjaya Bina Rumah Mewah Berharga Lebih RM820K Di Kampung Halaman!

Seorang warga Bangladesh yang dikenali sebagai Sumon menyorot perhatian ramai apabila berjaya membina sebuah rumah yang besar dan mewah di kampung halamannya yang terletak di Cumilla, Bangladesh.Difahamkan, Sumon berjaya membina rumah sebesar tiga tingkat itu dengan menggunakan wang simpanan hasil titik peluhnya yang bekerja selama 14 tahun dirinya sekiranya karakter Singapura.Menerusi video yang tular, dapat dilihat rumah yang berkeluasan 2,500 kaki per segi itu dilengkap kawasan laman yang sangat luas, tangga berlingkar yang cukup gah serta mempunyai lima buah bilik yang terletak di tiga tingkat yang berbeza.Sumon yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja hiasan dalam rumah memaklumkan bahawa idea untuk hiasan dalam rumahnya sedikit sebanyak dipengaruhi pengalaman sepanjang di bekerja di Singapura.Lebih mengharukan apabila Sumon turut menjemput majikannya untuk hadir ke majlis perasmian rumah yang diberi nama Hossain Villa itu.Perkongsian itu kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah buat Sumon.Sumber: Instagram, tabla.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved