14 Terbunuh, 100 Lagi Cedera Dalam Letupan Di Bangladesh

7 Mar 2023 • 10:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

14 Terbunuh, 100 Lagi Cedera Dalam Letupan Di Bangladesh

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan hampir 100 yang lain cedera dalam kejadian letupan di Bangladesh.

Memetik India Today, letupan itu berlaku di sebuah bangunan bertingkat di kawasan Gulistan, Dhaka kira-kira pukul 4 petang tadi.

Sebanyak 11 unit perkhidmatan bomba kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian dan untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terlibat.

Sementara itu, mangsa yang tercedera telah dikejarkan ke Hospital Kolej Perubatan Dhaka.

Berdasarkan laporan itu lagi, bangunan tersebut dikatakan terletak di Siddique Bazaar yang merupakan kawasan tumpuan orang ramai.

Bangunan berkenaan merupakan kawasan komersial yang menempatkan beberapa lot pejabat dan kedai.

image is not available
Kredit India Today

Lokasi letupan dilaporkan berlaku di sebuah kedai menjual bahan sanitasi di tingkat bawah bangunan tujuh tingkat berkenaan.

Kejadian letupan hampir sama

Terdahulu, seramai empat orang maut, manakala 23 yang lain termasuk bayi empat bulan cedera dalam kejadian letupan mercun di Dusun Tegalrejo, Indonesia.

Memetik CNN, Ketua Polis Daerah Blitar, AKBP Argowiyono berkata bahawa kesemua mangsa yang cedera kini sedang dirawat di Hospital Srengat.

“Ada bayi berusia empat bulan yang masih dirawat di Hospital Srengat,” kata Argo, pada Isnin lalu.

Manakala jumlah mangsa yang terkorban pula ialah empat orang daripada keluarga yang sama. Berdasarkan maklumat daripada polis sebelum ini, salah seorang mangsa yang terkorban dikenal pasti dengan nama Darman.

Mangsa juga ditemui dalam keadaan lengkap dan tidak mengalami kecederaan yang parah.

Tiga lagi mangsa yang dilaporkan sebagai anak dan anak saudara Darman dikenal pasti melalui keadaan dan saiz mayat yang ditemui di sekitar lokasi kejadian letupan.

“Akibat letupan itu, empat sekeluarga telah terkorban,” kata Argo lagi.

Menurut Argo lagi, setakat ini polis telah mendengar keterangan daripada 10 orang saksi yang melihat dan mengetahui tentang kejadian letupan tersebut.

Polis juga masih lagi menjalankan siasatan mereka bagi mengetahui punca kejadian tersebut.

Sementara itu, jumlah rumah yang musnah akibat letupan itu dikatakan mencecah sehingga 25 buah rumah.

“Kita masih meneruskan siasatan bagi mendedahkan dengan pasti punca letupan. Siasatan juga digabungkan dengan hasil jenayah saintifik daripada hasil TKP,” terang Argo.

Sumber: India Today