Apple iPhone 14 Dan 14 Plus Kini Ditawarkan Dalam Warna Kuning

TechnologyDigital
7 Mar 2023 • 9:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple telah melancarkan iPhone 14 dan 14 Plus dalam warna kuning. Ini mengesahkan ura-ura yang dilaporkan hanya beberapa hari yang lalu. Dengan ini kedua-dua telefon pintar ini boleh dibeli dalam enam pilihan warna kesemuanya.

image is not available

Di Malaysia pra-tempahan akan dibuka pada 10 Mac dan jualan pula bermula 14 Mac kelak. Tiada perbezaan dilakukan pada spesifikasi peranti ini berbanding model yang dilancarkan tahun lalu. Masih lagi dengan skrin 6.1″ dan 6.7″ bertakuk, penggunaan cip Apple A15 Bionic dan dwi-kamera 12MP di bahagian belakang.

Apple iPhone 14 dijual pada harga bermula RM4199 untuk model 128GB manakala iPhone 14 Plus pula bermula RM4699 juga untuk model 128GB.