144 premis Tamu Desa di Sabah, Sarawak

LocalBusiness & Finance
30 Oct 2025 • 4:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) telah membina 144 premis Tamu Desa di seluruh Sabah dan Sarawak dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM29 juta sejak tahun lalu hingga kini.

Menterinya yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick berkata daripada jumlah itu sebanyak 22 premis dibina di kawasan berkenaan dalam tempoh dua tahun.

“Saya memberi fokus tambahan kepda kawasan Kadamaian kerana saya bermula di sini melihat keperluan itu sejak 2018. Aktiviti tamu tradisional di sini diadakan begitu aktif setiap minggu iaitu Isnin, Selesa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

“Syukur dengan terbinanya 22 Tamu Desa di kawasan Kadamaian termsuk Tamu Desa Tambulion Laut ini telah memberi manfaat bukan hanya kepada usahawan-usahawan tamu, peniaga kecil tetapi  penjgunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian bangunan baharu Premis Tamu Desa Tambulion Laut pada Selasa.

Premis Tamu Desa Tambulion Laut itu dibina dengan peruntukan kira-kira RM300,000 di bawah Kuskop.

Ewon berkata kemudahan baharu itu akan memberi manfaat kepada usahawan tamu dan pengusaha gerai tepi jalan sedia ada yang akan berpindah ke tapak berkenaan sekali gus menyediakan suasana perniagaan lebih selesa dan tersusun.

“Tamu di Kampung Tambulion Laut ini diadakan setiap hari Selasa dan saya percaya kemudahan baharu ini akan memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi tempatan serta menggalakan lebih ramai penduduk menyertai kegiatan keusahawanan,” katanya.

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen berterusan kerajaan menerusi Belanjawan 2026 yang memperuntukan RM20 juta lagi bagi pelaksanaan projek Tamu Desa tahun hadapan.

“Kita masih menerima banyak permohonan baharu daripada kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak untuk melaksanakan projek Tamu Desa bagi menaik taraf kemudahan sedia ada yang menjadi nadi ekonomi komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata kemudahan Tamu Desa bukan sahaja digunakan untuk aktiviti berniaga tetapi juga sebagai pusat komuniti bagi pelbagai tujuan seperti mesyuarat mingguan Teman Tekun, program agensi kerajaan dan aktiviti kemasyarakatan.

“Projek ini bukan sekadar menyediakan tempat berniaga tetapi menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi luar bandar dan kesejahteraan masyarakat setempat,” kata Ewon.

View Original Article