
SANDAKAN: Seramai 145 pelajar cemerlang di daerah ini menerima insentif pendidikan sebagai penghargaan atas kejayaan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) baru-baru ini.
Menerusi keseluruhan penerima seramai 109 pelajar merupakan calon SPM yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang antaranya 32 pelajar mendapat 7A, 36 pelajar mendapat 8A, 16 pelajar memperoleh 9A, 23 pelajar mencatat 10A, manakala dua orang pelajar mencatat keputusan luar biasa dengan 11A.
Dalam pada itu 36 pelajar STPM turut menerima insentif termasuk lima pelajar yang memperoleh PNGK maksimum 4.0 selain penghargaan diberikan kepada pelajar-pelajar dengan pencapaian PNGK antara 3.5 hingga 3.9.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Penyerahan berkenaan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee.
Vivian berkata peningkatan bilangan pelajar cemerlang saban tahun membuktikan komitmen pelbagai pihak terhadap kecemerlangan pendidikan di Sandakan.
“Kejayaan ini hasil daripada dedikasi para guru, usaha gigih pelajar dan sokongan padu daripada ibu bapa,” katanya.
Beliau turut memberikan kata-kata semangat agar pelajar terus berusaha mengejar kecemerlangan dan suatu hari nanti kembali menyumbang kepada pembangunan Sandakan.
“Masa depan Sandakan terletak di tangan anda semua. Saya menggesa agar anak-anak Sandakan pulang selepas tamat pengajian dan menyumbang semula kepada daerah kelahiran,” tambahnya.
Sementara itu Vivian turut berkongsi usaha berterusan menarik pelaburan ke kawasan Sandakan termasuklah pengesahan dua projek pembangunan iaitu sebuah hotel dan sebuah resort.
Menurutnya projek-projek tersebut dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan ekonomi tempatan dalam masa terdekat.


