15 Ahli Super Junior Buat ‘Reunion’ Di Majlis Perkahwinan Ryeowook & Ari

Music
28 May 2024 • 6:13 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial baru-baru ini, kesemua 15 ahli Super Junior dilihat bersatu semula atau melakukan reunion di majlis perkahwinan salah satu ahli kumpulan, Ryeowook dengan bekas ahli Tahiti, Ari.

Memetik artikel Koreaboo, pasangan itu melangsungkan perkahwinan dan semua ahli berkumpul termasuk Leeteuk, Heechul, Yesung, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Siwon, Donghae, Kyuhyun, serta bekas ahli iaitu Hangeng, Kangin, dan Kibum.

Malah, ahli Super Junior-M Zhoumi dan Henry turut dilihat hadir.

image is not available

Foto: Koreaboo

Sementara itu, rata-rata peminat meluahkan kegembiraan mereka untuk pertemuan ahli itu dengan menghantar mesej, meninggalkan komen dan ucapan selamat menerusi aplikasi dalam talian.

Malah, semasa persembahan kumpulan lagu hit mereka Sorry Sorry, Heechul pada mulanya duduk tercedera dan tidak mampu untuk melakukan persembahan.

Namun, apa yang mengejutkan semua orang, Heechul tiba-tiba melompat dan menyertai kumpulan itu di atas pentas untuk menyanyikan lagunya sekali gus mengejutkan semua tetamu yang hadir.

image is not available

Foto: Koreaboo

Peminat yang menyaksikan persembahan itu amat terharu. Walaupun berisiko terhadap kesihatannya, Heechul memilih untuk membuat persembahan untuk majlis istimewa rakannya, sekali dalam seumur hidup.

Lebih-lebih lagi, peminat teruja mendengar lagu ikonik itu secara langsung sekali lagi, sehingga menimbulkan nostalgia buat mereka yang sudah lama menyokong kumpulan Super Junior.

Sumber: Koreaboo