“Dia Pun Nak Cari Makan..” – Suruh Netizen Maafkan Kangin, Kenyataan Leeteuk SUJU Raih Reaksi Pelbagai

Music
28 May 2024 • 12:52 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ryeo-wook telah mengadakan majlis perkahwinannya, di mana ianya telah dihadiri oleh kesemua ahli serta bekas ahli SUPER JUNIOR termasuk Kang-in, Han Geng, Ki-bum dan Henry.

Malah, mereka turut membuat persembahan lagu “Sorry Sorry” di majlis resepsi tersebut dengan kesemua ahli lengkap kecuali Si-won.

Selepas persembahan itu tamat, Lee-teuk telah berkata,

Hari ini awak semua berjumpa dengan Kang-in, yang lebih lama menghabiskan hidup dengan bermuhasabah diri berbanding aktif sebagai penyanyi.

Tambahnya,

Saya nak minta awak semua untuk maafkan dia. Dia hanya dapat jadi selebriti selama 5 tahun dan dah berehat hampir 15 tahun. Sebab harini merupakan hari yang baik, mari kita maafkan dia supaya Kang-in juga boleh menyara hidupnya.

image is not available

Reaksi netizen terhadap kenyataan tersebut,

  • Dia yang dah banyak kali buat hal.
  • Kenapa Lee-teuk nak kata macam tu dekat majlis perkahwinan orang?
  • Kang-in dah dua kali lakukan perkara yang sama.
  • Kenapa nak kena maafkan dia selepas apa yang dia lakukan?

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved