15 dikhuatiri hilang akibat banjir kilat di Grand Canyon

WorldEnvironment
31 Aug 2026 • 10:07 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 15 dikhuatiri hilang akibat banjir kilat di Grand Canyon

LOS ANGELES: Kira-kira 15 individu dikhuatiri hilang selepas kejadian banjir kilat melanda kawasan Taman Negara Grand Canyon, menurut kenyataan Perkhidmatan Taman Negara (NPS) semalam.

Bencana berkenaan melanda kawasan Ngarai Bright Angel dan Phantom Ranch pada Sabtu dengan pihak perkhidmatan taman kini bekerjasama rapat bersama pihak berkuasa Arizona bagi mengendalikan operasi pemindahan serta mengesan kesemua mangsa yang terputus hubungan.

Pihak NPS sebelum ini menganggarkan seramai lebih 20 mangsa dipercayai hilang sebaik sahaja insiden berkenaan berlaku.

Bagaimanapun, tiada sebarang kematian atau kecederaan disahkan setakat ini, menurut agensi tersebut menerusi satu kenyataan e-mel.

Kejadian banjir kilat yang bermula kira-kira jam 2.30 petang pada Sabtu itu berpunca daripada hujan lebat di kawasan Dataran Tinggi Kaibab.

Sehingga semalam, seramai 62 mangsa berjaya dipindahkan dari lokasi kejadian, manakala kumpulan selebihnya dijadual dipindahkan secara berperingkat.

Pihak perkhidmatan taman turut mengeluarkan amaran bahawa ribut petir berserta hujan lebat dijangka berlarutan sehingga Isnin yang berpotensi menyebabkannya banjir kilat susulan, aliran puing batu, tanah runtuh serta perubahan pada laluan pendakian dan arus sungai.- AFP/AGENSI

The post 15 dikhuatiri hilang akibat banjir kilat di Grand Canyon appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved