15 Dron Datang Ke Arah Kapal Dinaiki Sukarelawan Malaysia, Nampak Letupan! 

24 Sep 2025 • 10:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia misi Gsf

Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang disertai 15 rakyat Malaysia berdepan detik mencemaskan apabila kapal Alma yang mereka naiki dikepung 15 buah dron pada pagi Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, perkara itu dikongsikan sukarelawan, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, yang juga Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) menerusi hantaran di Facebook.

Terkini! Mereka datang lagi. Kali ini dengan 15 buah dron di sekitar Alma. Setakat ini yang kami perasan dron akan tutup lampu sebelum lepaskan letupan.

Beberapa letupan juga dapat dilihat dari kapal kami. Nampaknya seperti hanya untuk menakutkan konvoi. Kami tidak akan berpatah balik.

Tiada kecederaan, misi tetap diteruskan

image is not available

Ahmad Musa turut menegaskan bahawa tiada kecederaan berlaku dalam serangan itu dan menyeru orang ramai untuk terus berdoa demi keselamatan mereka.

Tidak ada kecederaan setakat ini. Teruskan berdoa!.

Misi bawa harapan ke Gaza

Untuk rekod, 15 sukarelawan Malaysia menyertai pelayaran tersebut sejak 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.

Misi ini adalah sebahagian daripada GSF yang menghimpunkan lebih 50 bot dengan sukarelawan dari 44 negara, membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.

Pssttt! Keberanian para sukarelawan ini wajar dijadikan inspirasi. Dalam apa jua ujian, doa dan sokongan daripada kita mampu jadi kekuatan untuk mereka di barisan hadapan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.